Pilih pendekatan yang mudah di fahami semua

Saturday, January 23, 2010

0 comments  




Saya suka artikel ni.. jawab dengan tenang dan tepat.. demo dalam isu sensitif x sesuai.. Islam bukan ditegakkan melalui pendekatan berkonfrontasi dgn non-muslim, Islam ditegakkan melalui hujah yang benar..



10 jawapan yang baik dari ulama' yang baik.


Bilamana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap :

Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini

Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bilamana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :

Soalan Pertama
"Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :


Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak

Soalan Kedua
“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya

Soalan Ketiga
“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

Kamu pandai mengira?

Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?

Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat
“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”
Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata:

Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya:

Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?
Soalan Keenam
“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"
Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata :
“ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”
Soalan Ketujuh
“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya :
Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu
Soalan Kelapan
“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab :
Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.

Tamat

Soalan Kesembilan
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.
Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Tamat 2

Kagum saya bilamana membaca kisah-kisah para ulama terdahulu. Kehebatan dan kesolehan mereka sukar ditandingi.

Ya, mereka punya banyak kelebihan yang sukar digapai. Sekurang-kurangnya saya juga punya kelebihan. Kelebihan saya ialah menceritakan kelebihan orang lain. Walau diri ini tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Soalan Kesepuloh... Cari sendiri, mak saya kata usaha tangga kejayaan

sumber: bagindareformasi.blogspot.com

dan ini telah disebutkan dalam blog TG Hadi Awang yang bertajuk - Banyakkan Menerang Bukan Menyerang : presiden.pas.org.my

ingatlah, Islam bukan sekadar untuk dipertahankan tp untuk disebarkan..

Dialog lebih selamat dan berkesan dalam isu sensitif

Friday, January 8, 2010

0 comments  


sabah dan sarawak x pernah larang guna nama Allah, mengapa tidak dibantah sejak dulu? adakah isu ini dijadikan modal utk kepentingan tertentu?

Kita sudah melihat demonstrasi anjuran 2 NGO melayu iaitu Pekida dan Perkasa..
bagaimana jika pihak Christian pula nak buat demonstrasi yang sama?
PM kata tidak boleh halang demonstrasi, boleh lihat di sini: http://www.malaysiakini.com/news/121330
adakah keadaan semakin baik atau semakin buruk?
sebelum ini 2 gereja telah di bakar (perbuatan ini bercanggah dengan Islam)..

isu2 sensitif x boleh diselesaikan melalui demonstrasi..
bukankah dialog agama lebih selamat utk selesaikan isu sensitif..

ada 2 dialog yang bakal berlangsung untuk saya paparkan di sini:

1. Tajuk: Isu Penggunaan Kalimah Allah: Tinjauan Dari Perspektif Undang-undang Islam.

Panel:Prof Dr. Abdul Aziz Bari (Pensyarah Undang-undang UIAM)
Prof Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (Pensyarah UiTM Shah Alam)
En. Musa B Awang (Timb. PGSM)
Moderator: Ustaz Hafiz Habil

Anjuran Usrah Kebajikan Profesional Malaysia (UKP)
Date:Saturday, January 9, 2010
Time: 8:00pm - 11:00pm
Location: Dewan Masjid UIA Petaling Jaya

_____________________________________________________________________

2. Tajuk: "Allah":Siapa Yang punya? minggu hadapan (11hb) anjuran PMIUM.

Berikut ialah senarai panelis terbaru selepasbeberapa perubahan telah dibuat.
Panelis 1: YBKhalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam.
Panelis 2: Dr Mohd Farid MohdShahran, Tim. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan pnsyarah Usuluddin & Prbandingan Agama (UIAM).
Panelis 3: Sdr.Eddie Khooan, budayawan, penulis dan pengkaji agama
Panelis 4: Dr Azwira A.Aziz, Pnsyarah Fakulti Pengajian Islam (UKM)
Panelis 5: Sdr. Zainul Rijal, presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Bantah media yg melaga-lagakan ulama' untuk mensensasikan berita

Tuesday, January 5, 2010

0 comments  



Bantah media yg melaga-lagakan ulama' untuk mensensasikan berita.. kebanyakan media tidak melaporkan kenyataan penuh ulama' dlm isu kalimah Allah untuk menyiarkan kononnya ulama' tidak sependapat dalam hal ini..

jika dilihat pada dasarnya, pandangan dr.Asri dan TG Haron Din tidak ada bezanya, iaitu tidak bersetuju penyalahgunaan kalimah Allah namun tidak menafikan kalimah Allah digunakan oleh agama samawi..

berita lanjut boleh lihat di sini:
http://msomelayu.blogspot.com/2010/01/menanti-fajar-menyinsing.html

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
-hadis ini sahih riwayat Muslim-




Kedah Sejahtera

Thursday, December 3, 2009

0 comments  

http://www.kedahsejahtera.com.my/

video kedah sejahtera:

hala tuju kerajaan negeri Kedah yang baru. Perkara pertama ialah menukar slogan "Kedah Gemilang" kepada "Kedah Sejahtera" kerana hidup yang sejahtera di dunia dan akhirat adalah lebih baik dan bermakna.

Rakyat Kedah yang tidak menduga akan berada di bawah pentadbiran negeri yang baru juga sedang mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina kemakmuran dan mempastikan rakyat hidup selesa. Meskipun Kedah ditadbir oleh PAS dan PKR, pelaksanaan hidup Islam akan diberi keutamaan di mana model pentadbiran negeri Kelantan akan dijadikan panduan dalam menguruskan hal ehwal negeri.

Ustaz Azizan juga menceritakan pengalaman beliau ketika melangkah masuk ke pejabat menteri besar. Beliau menyatakan kehairanannya kerana di dalam pejabat berkenaan tidak ada fail yang biasa dilihat disusun di sana-sini. Yang ada hanyalah empat buah telefon dan sebuah komputer riba. Lalu beliau membuat keputusan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis yang kemudiannya hadir bersama pakar forensik bagi mengenal pasti punca kehilangan fail-fail berkenaan.

Kerajaan negeri Kedah juga tidak akan menutup pusat tadika Kemas atau memecat mana-mana ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kerana peranan mereka kepada masyarakat sangat penting ketika ini. Tambahan pula kanak-kanak masih perlukan pendidikan awal supaya dapat memulakan proses membaca sejak kecil lagi. Justeru itu beliau menyangkal khabar angin yang menyatakan kerajaan negeri akan menutup semua tadika Kemas dan memecat ahli JKKK.

Kesejahteraan rakyat negeri Kedah dipanjangkan lagi dengan mengetatkan undang-undang penjualan arak dan judi. Bagi kes judi, nasihat daripada YAB Menteri Besar Kelantan dijadikan sebagai panduan bagi mempastikan masyarakat Islam dan bukan Islam di Kedah bebas daripada mala petaka judi ini.

Rakyat Kedah ingin melihat setiap janji dalam pilihan raya lepas ditunaikan supaya hidup mereka benar-benar berada dalam kesejahteraan. Di samping itu pembangunan juga tidak boleh ditolak ke tepi kerana ia menjana pendapatan negeri. Seterusnya dapat menjadikan semua perancangan ekonomi, peluang pekerjaan dan taraf hidup rakyat ditingkatkan.

Negeri Kedah adalah jelapang padi Malaysia. Kemakmuran yang dicapai sebelum ini diharap akan terus berkembang dan membawa keberkatan kepada semua kumpulan masyarakat.



Perjuangan Hukum Islam dan negara Islam memang ada dalam transkrip rasmi PAS

0 comments  

http://www.youtube.com/watch?v=rt7HAMhS8M0

video ini nampak sangat tajol rosli hanya nak DAP dan PAS berlaga.. Sebabnya apabila DS ir.nizar tanya di manakah letaknya 'negara islam' dalam mana-mana transkrip rasmi Pas, tajol rosli tidak menjawab..

Padahal jelas perjuangan Pas adalah utk islam sbgai ad-deen (cara hidup) d negara ini..
ini termasuklah penubuhan negara islam, syariah islamiah (undang2 islam) dll..
di mana letaknya? di sini, dalam manifesto PAS ada:







dalam Perlembagaan PAS fasal 7 pun ada tertulis:



ini sangat berbeza dgn manifesto UMNO yang langsung x sebut Islam seperti gambar di bawah:

Salam Aidiladha

Wednesday, November 25, 2009

0 comments  




Kita lihat, penghayatan ‘pengorbanan’ umat Islam kini (terutama Melayu Moslem) dihabiskan ke tempat-tempat yang tidak membawa kepada peningkatan kerohanian. Hari Raya yang sepatutnya disambut dengan penuh syukur, tetapi disambut dengan penuh kegembiraan tanpa sedikitpun rasa syukur kepada Rabb. Lebih menyedihkan, apabila terpaksa berkorban wang ringgit semata-mata untuk menghidupkan suasana hari raya.

Sejauh mana penghayatan kita kepada Eidul Adha, atau hari raya korban? Adakah cukup sekadar menghabiskan wang ringgit untuk sama-sama terlibat dalam upacara korban lembu? Cukupkah sekadar pengorbanan dinilai dari mata wang ringgit sahaja? Bagaimana dengan pengorbanan masa, minda, tenaga, untuk kemaslahatan umat islam?

Kita lihat kini, masyarakat Islam ‘dikorbankan’ menjadi mangsa isme-isme yang merosak binasakan aqidah umat islam. Hedonisme mula meresap dalam jiwa umat Islam, keseronokan menjadi tunjang utama kehidupan. Isme-isme lain seperti liberalisme, individualisme, feminisme, kesemuanya mengorbankan aqidah umat Islam kini.

Sedar tak sedar, kita umat Islam hanya menjadi mangsa sembelih kaum Yahudi dan konco-konconya. Kita masih lagi belum sanggup berkorban apa sahaja demi aqidah kita. Penghayatan Hari Raya Korban disekularismekan sekadar penghayatan penyembelihan mata wang untuk penyembelihan lembu. Kita tidak cuba untuk cuba menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim as, yang menerima arahan daripada Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail as, semata-mata untuk membuktikan penghayatan hidup beragama kepada Allah. Apakah kita cuba meresapkan penghayatan pengorbanan sebegini dalam kehidupan seharian kita?

Lihat sekeliling. Masih ramai yang kekurangan, yang perlukan pengorbanan wang ringgit kita untuk membantu mereka. Lihat sekeliling, masih ramai anak muda yang tersasar, yang perlukan korban masa, tenaga, kepentingan diri untuk membantu mereka mencari sinar hidup yang sebenar. Lihat sekeliling, masih ramai orang bukan Islam takut dengan Islam, sedangkan Islam itu agama yang indah. Yang perlu kita korbankan kepentingan diri untuk bergoyang kaki, tapi perlu berkorban langkah dan fikiran untuk membetulkan persepsi Islamophobia kepada Islamophilia (sukakan Islam).

Ayuh, bersama kita bergolok gadai mempelajari ilmu Islam yang sebenar, ayuh bersama mengembalikan keislahan diri kepada Rabb sekalian alam. Dan semestinya ini memerlukan kepada pengorbanan, diri, masa, nafsu dan sebagainya. Di tahun baru masihi ini, tanamkanlah azam : BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK ISLAM TERCINTA.

Nasionalisme melayu menghakis Islam - bekas mufti

Thursday, October 29, 2009

0 comments  



sy tertarik dgn artikel bekas mufti perlis ini yang mengatakan ramai melayu begitu taksub pada bangsa sehingga lupa pada ajaran agama (sy teringat ketika isu sembah derhaka UMNO mengatakan merekalah Hang Tuah, ir.Nizar hang Jebat): (click sini)

selepas beliau mengajak UMNO kembali kepada Islam tulen, berkenaan dasar Islam dalam perjuangan Islam dalam UMNO: (click sini)

beliau berkata ketaksuban orang-orang melayu terhadap perjuangan nasionalisme melayunya melebihi perjuangan Islamisme itu sendiri..



Sebaliknya, semangat Islam bertolak dari Adam dan Hawa. Kita tidak berminat dengan kesedaran bangsa walaupun kita sedar kita hidup berbangsa-bangsa. Kita pupuk semangat kebersamaan yang bertolak daripada satu keturunan. Ini menimbulkan rasa senang dan tenang. Jauh dari perasaan syak dan curiga. Kesedaran ini mencetuskan benih baru. Ia menimbulkan rasa mesra kerana kita semua adalah bersaudara. Islam memberi peluang kepada semua bangsa untuk bertaqwa dan menjadi orang yang terbaik sama ada Cina, Melayu, India, orang asli atau Benggali. Sekiranya mereka menerima Islam, maka mereka layak untuk menjadi orang bertaqwa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai manusia (tanpa mengira bangsa), sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Surah Al Hujuraat : Ayat 13)

bersatu la d bwh perjuangan yg mementingkan Islam bukan d bwah perjuangan mementingkan perjuangan kebangsaan..

Allah s.w.t berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.”
(Surah Ali ‘Imran : 103)

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya
(surah Ali 'Imran : 104)

Sabda Rasulullah S.A.W..:

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke arah asobiyyah,bukan dari kalangan kita orang yang berperang di atas dasar asobiyyah dan bukan dari kalangan kita orang yang mati di atas dasar asobiyyah."

Sabdanya lagi di dalam hadith lain yang bermaksud:

"Asobiyyah itu ialah kamu menolong kaum (bangsa) mu di atas dasar kezaliman."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

kata umar ibn khattab:
"kita kaum (arab quraisy) yg Allah muliakan dgn Islam,sekiranya kita mencari kemulian selain islam,nescaya Allah menghinakan kita"

teringat kate2 abuya HAMKA seorg ulama terkenal d kepulauan melayu
"kita tdiri dari bribu2 pulau.kte tdiri dr bratus suku bgsa, yg masing2 mmpunyai kmegahan sndiri2. utk mgukuhkan ksatuan, carilah perekat yg asli, tauladan dan langit"

Dasar perjuangan PAS adalah dasar Islam dan ini belum pernah dipertikaikan oleh mana-mana tokoh agama.. cuma segelintir ahlinya yang tidak mahu mengikut dasar parti.. tapi itu kesalahan individu bukan kesalahan dasar parti seperti dasar kebangsaan melayu UMNO itu..



gambar di atas adalah gambar-gambar pemimpin PAS bertemu dengan wakil-wakil parti islam luar negara..